MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
PAHANG sekadar terikat 2- 2
ketika berdepan Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya
Rumput sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan hajat
skuad Tok Gajah untuk menamatkan musim selaku naib juara sedikit terjejas.
Pahang lebih awal berada di depan
menerusi Issey Nakajima yang meledak gol pembukaan pada minit ke-8 tetapi ia
hanya bertahan selama tujuh minit apabila bekas penyerang Tok Gajah, R
Gopinathan menyamakan kedudukan.
Gol itu melonjakkan semangat
pemain Hang Tuah yang menggandakan asakan dan berjaya mendahului 2-1 menerusi
Yahor Zubovich pada minit ke-24 hasil hantaran lintang Gopinathan.
Keceriaan Melaka yang dibimbing
jurulatih, E Elavarasan turut tidak kekal lama apabila Iwuji Amutu kembali
menyamakan kedudukan buat Pahang di hujung babak pertama.
Babak kedua menyaksikan
persembahan seimbang buat kedua -dua pasukan menerusi beberapa percubaan bahaya
namun gagal menambah jaringan.
Gawang Melaka hampir bocor pada
minit ke-55 menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safuwan Baharudin namun
berjaya diselamatkan pertahanan tuan rumah.
Anak buah Dollah Saleh hampir
muncul pemenang tetapi rembatan Faizal Halim pada minit ke-86 tidak menemui
sasaran.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 18 Julai 2018 @ 11:21 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan