DAVIES (kanan) beraksi cemerlang
membantu skuad B-23 negara pada aksi Kejohanan AFC di China. Foto fail
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KEJAYAAN membantu skuad muda
negara melakar sejarah layak ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC di China
baru-baru ini menjadi pencetus semangat buat kapten Pahang, Matthew Davies.
Pemain kelahiran Australia itu
berkata, prestasi cemerlang yang dipersembahkan bersama rakan sepasukan itu
memberi inspirasi meyakinkan untuk membantu skuad Tok Gajah meraih kejayaan
bermakna dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Davies menyatakan dia sememangnya
tidak sabar untuk bersama Pahang apabila kembali menyertai latihan pada 18
Januari lalu, bagi menyesuaikan diri bersama rakan termasuk pemain baru.
“Saya cuma harapkan dapat meraih
kejayaan dan mempamer semangat seperti dilakukan ketika bersama skuad B-23
kerana ia pencapaian luar biasa di China.
“Pada masa sama, saya bersama
Azam (Nor Azam Azih) dan Kogi (R Kogileswaran) dan kami dalam skuad Pahang
musim ini berusaha memburu kejuaraan.
“Apa yang diharapkan persefahaman
bersama pemain lain untuk membantu Pahang menghasilkan keputusan terbaik musim
ini,” kata pemain berusia 23 tahun itu.
Davies yang menyertai Pahang
sejak 2015 dan mendapat kerakyatan Malaysia turut gembira kerana berada pada
tahap kecergasan terbaik apabila Pahang memulakan saingan Liga Super bertemu
Perak, Ahad ini.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 30 January 2018 @ 3:03 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan