MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
BARISAN pemain Pahang diminta
mengekalkan tahap kecergasan sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Pengurus Tok Gajah, Datuk
Mohammed Suffian Awang berkata, sebagai pemain profesional, mereka perlu
mengambil inisiatif sendiri dalam mengekalkan tahap kecergasan.
“Pemain perlu berada di tahap
kecergasan tinggi dan bukannya berehat dan makan sepanjang tempoh larangan PKP
kerana kesannya tidak bagus sebaik kembali bersama pasukan.
“Sebaiknya mereka melakukan
latihan harian terutama daripada segi meningkatkan kecergasan walaupun berada
di rumah.
“Pada masa sama, barisan
kejurulatihan akan memberikan panduan dalam usaha membantu pemain mengekalkan
prestasi mereka.
“Tapi pemain perlu mematuhi
arahan yang ditetapkan iaitu tidak berada di luar rumah bagi memastikan
terhindar daripada wabak Covid-19,” katanya.
Mohammed Suffian berkata, setakat
ini, beliau berpuas hati dengan komitmen semua pemain kerana saling berhubung
antara satu sama lain.
Justeru, katanya, skuad Pahang
dinasihatkan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa terutama Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 21 Mac 2020 @ 6:54 PM.[1]